Saturday, December 25, 2010

tIpS untuk dapat wanita idaman

Gambar Hiasan

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat...

Pemuda : "Ustaz.. Kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih..."

Ustaz : "Perempuan yang macam mana menjadi idaman kamu?"

Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati... "

Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B'yang pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?"

Pemuda : "Sudah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis.."

Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA' dan juga 'BERPUASA'.

Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... saya juga akan berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis ..."

Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yang ketiga."

Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"

Ustaz : BERCERMIN !!!

selamat mencuba kehkehkeh ^____^

Sumber : http://www.syok.org/portal/readarticle.php?article_id=4529

Thursday, December 9, 2010

Mudahnya Kita Meminta..~

Seorang pemanjat kelapa berada dalam keadaan yang sangat bahaya.Ketika dia berada di puncak pokok kelapa, ribut melanda berserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir, tetapi dia sempat berpaut pada pelepah yang terjuntai.

Keadaannya seperti telur di hujung tanduk. Dalam keadaan yang genting itu dia berseru "Ya Allah, selamatkanlah aku daripada jatuh.Jika selamat aku akan sedekahkan seekor lembu untuk orang miskin"

Sejurus kemudian, tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok.

Namun ribut masih bertiup kencang. Keadaannya walaupun agak lebih baik daripada sebelumnya, tetapi dia masih lagi masih belum selamat.Berpaut sekuat-kuatnya pada batang pokok, dia berseru lagi "Ya Allah ,sekirannya Engkau selamatkan aku daripada jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin"

Setelah bersusah payah, dia berjaya turun sehingga ke bahagian tengah pokok kelapa.Harapannya untuk selamat kian cerah, walaupun angin ribut masih bertiup kencang.Kali ini dia berseru, "Ya Allah, kalau kau selamatkan aku, aku akan sedekahkan tiga ekor ayam"

Akhirnya dia sampai pada kedudukan yang lebih rendah, dan doanya berubah lagi "Ya Allah, sekiranya kau selamatkan aku,akan aku sedekahkan seekor ayam"

Ribut telah berhenti dan dia telah berada di kedudukan yang selamat.Dia pun melepaskan tangannya daripada batang pokok lalu berpura-pura jatuh "Ya Allah, rupa-rupanya aku jatuh juga.Maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun "

Nota kaki :
Dalam keadaan susah manusia sering ingatkan Allah tetapi apabila senang manusia mudah melupakannya .Ironinya, apakah kita tidak malu mengharap bantuan Allah ketika susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupakan-Nya?

OTAK SEMINIT KAH KITA ??

Sumber : http://www.syok.org/portal/readarticle.php?article_id=4491

Wednesday, December 8, 2010

Apa itu Dissomnia ( Kualiti Tidur ) ??

Jenis-jenis Dissomnia :-

Insomnia Primer

· Insomnia kronik yang tidak dapat dikaitkan dengan kecelaruan psikologi atau fizikal, atau tidak boleh diatasi dengan ubat

· Susah tidur, tidak nyenyak bagi tempoh satu bulan atau lebih

· Orang muda merungut susah nak tidur

· Orang tua merungut selalu bangun tengah malam atau bagun terlalu pagi


Hypersomnia Primer

· Terlalu banyak tidur waktu siang selama sebulan atau lebih

· Susah bangun bila tidur terlalu lama seperti 8 ke 12 jam

· Tidur siang setiap hari selama satu jam tetapi tidak rasa segar

· Tidur sambil tonton TV

Narkolepsi

· Seranan tidur tanpa apa-apa amaran pada waktu siang

· Tidur 15 minit secara purata

· Boleh berlaku waktu sedang bercakap, tiba-tiba tersungkur ke lantai dan tidur

· Diiringi cataplexy (hilang kawalan otot) dan tidur REM (Rapid Eye Movement)

· Mimpi – REM yang cepat


Kecelaruan Tidur Berkaitan Pernafasan

· Apnea – yang paling banyak berlaku (Lelaki usia pertengahan tahun banyak mengalaminya juga mudah berlaku pada orang muda yang obese serta mempunyai kualiti hidup yang rendah. Boleh dikaitkan dengan hypertension, serangan jantung & lumpuh.)

· Berhenti bernafas selama 15 – 90 saat waktu tidur dan berlaku sebanyak 500 kali dalam satu malam

· Disebabkan oleh bahagian atas pernafasan tersekat, seperti tonsil besar dan lelangit tebal

· Bangun duduk, ambil nafas, baring semula tanpa terjaga atau menyedari berhenti bernafas


Kecelaruan Tidur Irama Circadian

· Kebanyakan fungsi badan mengikut satu pusingan dalaman yang dinamakan irama circadian

· Kecelaruan tidur di mana terdapat ketidaksepadanan antara pusingan tidur-jaga yang normal dengan kehendak persekitaran

· Kerja syif malam menyebabkan kecelaruan seperti ini berlaku seperti doktor, jururawat, pengawal keselamatan, pekerja kilang dan lain-lain





Sumber : Datin Dr. Noran Fauziah

Info TIDUR....zzzZZZzz~

Tidur adalah satu cara untuk kita sebagai manusia
menghilangkan keletihan dan kepenatan. oleh itu, mari
kita kongsi bersama cara tidur yang sebaik-baiknya
yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

tidurlah di awal malam sesudah solat isyak jam 10.00
atau 11.00 dalam keadaan berwuduk.

bangunlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau
2.00 kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang
tahajjud.

kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum
terbit fajar.

tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk
kanan, rusuk kiri di bahagian atas supaya tetap
kedudukan makanan dalam usu, cepat hadham makanan.

tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

Waktu-waktu yang tidak dibenarkan tidur :

1- awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2- selepas masuk waktu asar.
3- tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena
separuh dari badan


Bahaya tidur di siang hari

1- mendatangkan penyakit kulit.
2- merosakkan warna kulit
3- melemahkan jantung.
4- menambahkan tekanan perasaan yang meluap
5- melemahkan badan dan tenaga syahwat
6- melemahkan kecerdasan akal.

PENYELIAAN KAUNSELOR – Satu Pengenalan

Apa itu penyeliaan ?
Penyeliaan boleh didefinisikan secara formal sebagai perhubungan antara seorang
ahli yang lebih berpengalaman (senior) dengan seorang ahli baru (junior) sesuatu
profesion. Perhubungan itu adalah (a) evaluatif, (b) berlaku dalam jangka waktu tertentu, (c) berkhidmat untuk mempertingkatkan kemahiran ahli baru, (d) memantau kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh ahli baru itu, dan (e) bertindak sebagai pengawal pintu (gatekeeping) kepada profesion itu ( Bernard & Goodyear, 1992, 2004).

Kaedah Penyeliaan Kaunselor
Cara penyeliaan kaunselor adalah berbeza bergantung kepada objektif dan
matlamat iaitu dalam bentuk penyeliaan latihan makmal, praktikum dan internship.
Proses penyeliaan kaunselor pelatih berbeza mengikut objektif penyeliaan samaada
secara mikro atau makro. Proses penyeliaan yang berbentuk mikro lebih merupakan ciri
proses pengajaran dan pembelajaran. Ciri ini biasa digunapakai semasa penyeliaan
Peringkat 1 yang dikenal sebagai Latihan Makmal.

Ciri proses penyeliaan berbentuk makro pula lebih tertumpu kepada amalan
kaunseling yang luas apabila kaunselor pelatih mula diselia dalam konteks suasana
penyeliaan Peringkat 2 iaitu semasa Praktikum Kaunseling dan Peringkat 3 semasa
Internship Kaunseling. Pada Peringkat 4 penyeliaan lebih menumpukan kepada
penyeliaan kaunselor profesional.

Penyeliaan Semasa Latihan Makmal – Peringkat 1
Latihan kaunseling dalam makmal merupakan pendedahan awal bagi seorang
kaunselor pelatih mendapatkan pengalaman pembelajaran tentang kemahiran asas
kaunseling. Latihan kaunseling dalam makmal boleh dianggap sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran mikro tentang penguasaaan kemahiran asas
kaunseling.
Dalam Peringkat 1 latihan kaunseling, penyeliaan memberi tumpuan kepada ciri
pengajaran mikro tentang kemahiran melayan dan mendengar serta teknik kaunseling.
Dalam proses intergrasi penyeliaan, penyelia dianggap sebagai seorang yang pakar dan
boleh menghasilkan tunjuk ajar atau demontrasi bagaimana kemahiran asas kaunseling
yang spesifik dapat dilakukan oleh kaunselor pelatih.
Penyelia bertanggungjawab untuk menyampaikan bimbingan kepada kaunselor
pelatih tentang penggunaan kemahiran melayan yang spesifik sesuai dengan orientasi
teori kaunseling yang dianuti kaunselor pelatih.Dalam latihan mikro , kaunselor pelatih
juga diajar mengenal pasti perbezaan perkembangan proses kaunseling dari permulaan
kemasukan sehingga tamat satu sesi kaunseling. Pembelajaran tentang pemeringkatan
proses kaunseling penting kerana ianya dapat menunjukan kepada kaunselor pelatih suatu
perkembangan yang dilalui oleh seorang kaunselor pelatih dengan kliennya dalam satu
sesi kaunseling.

Penyeliaan Praktikum Kaunseling – Peringkat 2
Praktikum kaunseling memberi peluang kepada kaunselor pelatih untuk
menerapkan segala kefahaman konseptual tentang teori serta kemahiran asas kaunseling
dan teknik kaunseling dalam ssuasana amali yang terkawal.
Amalan praktikum masih memerlukan pengawalan serta penyeliaan yang
rapi secara mikro.
Pendedahan kaunselor pelatih kepada suasana perhubungan menolong yang
terkawal ini dapat memberikan peluang menerapkan orientasi teori pendekatannya dan
berani membetulkan kelemahan yang mungkin dihadapi semasa menjalankan sesi
kaunseling.
Tindakan mengalihkan sesuatu yang dipelajari secara bentuk konseptual
kepada terapan secara tindakan nyata dalam proses kaunseling sering menjadi kerumitan
oleh kaunselor pelatih yang baru menceburi dalam alam kaunseling.

Penyeliaan Internship – Peringkat 3
Kaunselor pelatih semasa internship berpeluang melaksanakan sesi
kaunseling dengan klien sebenar dalam suasana alam pekerjaan profesional. Kaunselor
pelatih akan berhadapan dengan kebebasan autonomi tugasnya mengikut peraturan
organisasi di mana ia berkhidmat semasa internship.
Kaunselor pelatih mula belajar memikul tanggungjawab tugas sepertimana
rakan sekerja di tempat internshipnya dan dianggap sebahagian daripada kakitangan
organisasi tersebut.
Pemantauan penyeliaan internship lebih berbentuk makro.Penyelia akan
memantau secara keseluruhan tugas yang dijalankan oleh kaunselor pelatih, disamping
memberi penekanan kepada perkembangan personal kaunselor pelatih. Penekanan
perkembangan personal ini fokus kepada pergerakan kematangan pelatih ke atas
intergrasi pendekatan kaunselingnya serta kesedaran terhadap tanggungjawab perlakuan
profesional.
Dalam alam internship , kaunselor pelatih bertanggungjawab secara
langsung tentang perancangan dan perlaksanaan program kaunseling ditempat
perkhidmatannya. Penyelia wajar memahami misi serta tujuan organisasi dimana
kaunselor pelatih berkhidmat menjalankan internshipnya.
Perlakuan serta etika profesional penting diberi fokus dalam pencerapan
penyeliaan internship. Penyelia mesti sedar bahawa peranannya sebagai tenaga sumber
rujukan, perunding dan pakar secara langsung melibatkan dirinya dengan amalan prinsip
vicarious liability semasa perhubungan interaksi penyeliaan intership. Penyelia juga turut
menanggung sebahagian tanggungjawab ke atas perlakuan seorang kaunselor pelatih.
Jaminan paling asas dalam menjaga amalan kaunseling adalah proses
kaunseling teratur serta sistematik. Kaunselor pelatih wajar cekap dengan simpanan
rekod kaunselingnya.
Penyeliaan internship beranjak dari pengajar mikro kepada pencerapan
makro sealiran dengan kesinambungan terapan kompenen kemahiran asas kaunseling dan
teknik kaunseling.
Pentaksiran penyeliaan internship memberi tumpuan kepada keluwesan
di antara konseptualisasi kes kaunseling melalui diagnosis kaunseling dengan keserasian
strategi perancangan rawatan kaunseling serta perlaksanaan kaunseling keseluruhan.
Kaunselor pelatih ditarafkan sebagai seorang profesional dalam latihan
dan peranan percubaan ini selari untuk menentukan kewibawaannya sebagai seorang
profesional yang terlatih.

Penyeliaan Kaunselor Profesional – Peringkat 4
Akta Kaunselor 580 Undang- Undang Malaysia menyatakan semua
individu yang mengamalkan kaunseling wajib berdaftar dengan Lembaga Kaunselor
(Akta 580 Undang-Undang Malaysia,1998).
Pengawalan profesion kaunseling melalui akta tersebut memberi kuasa
keatas jaminan amalan terbaik profesion kaunseling di Malaysia. Pengawalan jaminan
amalan terbaik inilah yang wajar menjadi teras penyeliaan kaunselor profesional yang
mengamalkan khidmat kaunseling.
Sorotan kertaskerja Bengkel Latihan Penyeliaan Tahap II (Amali) Kaunselor Berdaftar
-Prof Dr. Othman Mohamed.

Tuesday, December 7, 2010

24 Petua JANGAN.... ^^



1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka, syaitan sangat kasih orang yang begini. Kalau tertidur lain cerita.


2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. Kata ulama, kuman dari dalam tandas akan mengikut kaki kita semasa keluar dari tandas. Kata orang tua2, masuk tandas tanpa alas kaki mewarisi kepapaan.


3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. Orang tua2 berpesan minum atau makan pada bekas retak/sumbing membawa malang.


4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Bekas makanan yang dibiarkan bermalam, membawa penyakit.


5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana keluar kerja berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


6. Jangan tidur selepas solat asar atau pada waktu asar. Makruh dan mewarisi gila / penyakit mental. Kalau tak kena pada diri kita, ia akan kena pada anak atau cucu kita pula.


7. Jangan tidur selepas solat maghrib atau pada waktu maghrib. Mudah dirasuk syaitan dan mudah terkena sakit belakang dan sakit kepala.


8. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


9. Jangan makan makanan laut bersama makanan darat serentak. Bahaya pada perut dan toksin di dalam badan.


10. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, atau keluar tanpa tujuan yang baik. Takut-takut kita mati dalam perjalanan, tidak dapat pahala. Tuhan pun tidak redha pada kita.


11. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau sebelah kaki saja berkasut. Makruh dan mewarisi kepapaan.


12. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Bahaya berbuat begitu semasa memandu, mudah berlanggar atau terbabas.


13. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. Punca hati jadi tidak tenteram. Punca orang yang solat tidak pernah khusyuk.


14. Jangan menangguh taubat apabila berbuat dosa, kerana malaikat maut tidak menunggu kita bertaubat baru nak ditarik nyawa.


15. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. Tuhan suka orang yang merendah diri. Orang yang meminta maaf tidak pernah rugi di akhirat.


16. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.


17. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.


18. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita, menolak bala bencana.


19. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. Banyak gelak lambang kelalaian. Banyak gelak juga menggelapkan hati.


20. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


21. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


22. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. Hidup di dunia ini amat pendek & tidak perlu disusahkan hati olehnya.


23. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN... Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya. Sepandai-pandai kita, tetap jahil juga dengan hikmah kejadian makhluk Allah.


24. Jangan banyak bersoal tentang dalil, hujah, asbab, atau meminta perician sesuatu hukum atau perkara, ia punca Bani Israel mendapat susah dan akhirnya dimurkai Allah. Terima seadanya dan bertanya yang perlu saja. Iaitu yang dapat membawa kita lebih dekat dengan pencipta, bukan yang menambah ego diri sendiri. Syaitan pun sayang banget kat kita! Ia juga tanda kita tidak yakin dengan ilmu & penyampainya. Syaitan suka sangat orang yang macam ni.


Diambil daripada Islah-Net.

Semoga bermanfaat.

**************************************

AMAM DARI GANGGUAN...~~


Beberapa ketika dulu MIZ (Muhammad Ilyas Zambri) sering diganggu secara tidak sengaja oleh mangsa-mangsa insan yang tak der kerja....ye la, mana tak ada kerjanya....rajin bebenar tampal iklan sewa kereta dan rumah kat sekitar kampus dan pantai dalam.

Mula-mula tu jumpa kat kolej 9 iklan sewa rumah...kelakar jugak masa mula-mula jumpa...patut la kebelakangan tu selalu je naik unknow number...tak lama pas tu iklan sewa keta lak...lagi la kelakar sebab MIZ sendiri tak ada keta...kalo ada tu bleh jugak wat bisnes...promosi dah ada...hahahaha..bukan apa MIZ kesian kat mangsa-mangsa yang call MIZ tu...bazir kedit n masa jew....MIZ pun mangsa jugak....huhuhhu...banyak gak la dosa terkumpul hamba Allah tu ye...semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk-Nya kepada insan yang bertuah tu..~~


Alhamdulillah..sekarang nie dah tak ada gangguan-ganguan nie lagi...aman sikit hidup...nasib bek la time exam depa tak ganggu MIZ.....inilah hakikatnya kalo ada orang dengki dengan kita dan selalu buruk sangka pada orang lain...Nasihat MIZ, kalo tak takut dilambung dosa kenapa tak tampal kat semua tempat....~~huuhu!~~~~

Sunday, April 4, 2010

"Jangan menipu Allah dengan TUDUNG"

hanya sebagai gambar hiasan

Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ara Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi.

Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat. Seperkara yang menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan wanita yang tidak menutup aurat dan peribadinya sendiri sebelum memakai tudung.

Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dengan lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dengan lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yang ada percampuran bebas lelaki dan perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung untuk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk beribadah, akhlak dan tutur katanya menjadi semakin lembut dan lunak. Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kepada kemewahan dunia, tahan diuji dan sentiasa mencari-cari peluang untuk mengajak masyarakat wanita yang lainnya agar sama-sama menutup aurat.

Lantaran berbezanya mereka dengan wanita yang lain, maka orang pandang tinggi kepada wanita yang bertudung, walaupun masih ramai yang tidak suka kepada mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya di dalam dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat.Ini disebabkan mereka sering dihujani dengan berbagai pertanyaan mengenai apa yang mereka buat. Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yang sesuai dengan nas Al Quran dan hadith untuk menyakinkan orang ramai. Oleh sebab itu orang ramai memandang tinggi kepada mereka.

Di awal 90 an, bilangan orang bertudung semakin ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang bertudung. Sama ada di kilang-kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti dan di politeknik malah beberapa pengacara televisyen dan radio pun sudah memakai tudung. Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup dan hendak buka. Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat.

Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan dan sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita- wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya. Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung.

Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih canti dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka.Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yang berpurdah yang belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dengan wanita yang bertudung dengan wanita yang memakai tudung diperingkat awal dahulu. Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yang di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.

Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenat dan apa yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar dan di dedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia.

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :
" Ya Rasulullah Dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?"

Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah."

Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?"

Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

Di samping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup aurat dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat untuk menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi mendapat dosa.

Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat dan peredaran zaman. Sementara yang mengamalkan syariat kerena pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan dan turut hanyut dengan masyarakat di sekitarnya. Ujian yang sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dengan apa yang dilakukannya. Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yang utama sebagai penyuluh ibadah.

Di samping ada ilmu, amalan yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yang lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kitadan mempunyai kefahaman yang mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.

Nota: Renung-renungkanlah wahai wanita yang berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata...

sumber : http://www.syok.org/portal/readarticle.php?article_id=3747

Saturday, April 3, 2010

Mutiara kata untuk hari ini...~~

Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada
menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

Yang berlalu biarkan ia berlalu,
Yang mendatang hadapi dengan cemerlang.

Sekiranya anda meletakkan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu.

Bukti akal seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

Berfikir senejak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.

“Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan, jangan tunjukkan kelemahan sebaliknya gunakan kelebihan yang ada untuk membantu orang yang memerlukan.”

Tawadhuk ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahawa orang itu lebih baik darioada dirinya.

Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR, Teman yang paling akrab adalah AMAL, Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM, Bahasa yang paling manis SENYUM, dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Hidup tidak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Friday, January 15, 2010

SEORANG GADIS ITU

SEORANG GADIS ITU

Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...

Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

Seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...

Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...

Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.

Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...

Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ..

Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!

Seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...

Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI

sumber: http://www.syok.org/portal/readarticle.php?article_id=3506

Ikan belaan KR

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...