Saturday, April 3, 2010

Mutiara kata untuk hari ini...~~

Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada
menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

Yang berlalu biarkan ia berlalu,
Yang mendatang hadapi dengan cemerlang.

Sekiranya anda meletakkan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu.

Bukti akal seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

Berfikir senejak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.

“Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan, jangan tunjukkan kelemahan sebaliknya gunakan kelebihan yang ada untuk membantu orang yang memerlukan.”

Tawadhuk ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahawa orang itu lebih baik darioada dirinya.

Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR, Teman yang paling akrab adalah AMAL, Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM, Bahasa yang paling manis SENYUM, dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Hidup tidak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Friday, January 15, 2010

SEORANG GADIS ITU

SEORANG GADIS ITU

Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...

Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

Seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...

Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...

Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.

Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...

Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ..

Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!

Seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...

Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI

sumber: http://www.syok.org/portal/readarticle.php?article_id=3506

Monday, November 16, 2009

Meraih Cinta Ilahi..



Coretan 16 November...(4:00 pm)

Hilangnya Sinaran Dalam Hidup Aku....
Pergi Tanpa Kerelaan Hati...
Jauh Membawa Diri....
Peluang Yang Datang Pergi Tanpa Disedari Atas Kesilapan Sendiri....
Menanti Saat Dan Detik Yang Tidak Pasti....
Namun Jauh Disudut Hati...
Ku Menanti Sesuatu Yang Pasti...
Pengorbanan Cinta Abadi...Cinta Ilahi...


Monday, November 2, 2009

Hitler dan Kehidupan Kita...



Satu nama yang tidak asing lagi dalam sejarah peradaban dan tamadun manusia. Satu tokoh politik dan juga pemimpin tentera yg pernah digeruni malah dipuja. . Saya secara hakikatnya amat meminati beliau satu ketika dulu. Saya telah membaca bermacam-macam artikel mengenai beliau di zaman kegemilangan Nazi, satu parti yg pada asalnya sebuah parti nasionalis. Bermacam juga jenis filem walaupun bias kepada pihak bersekutu dan Yahudi namun ia telah menaikkan lg minatku pada ketokohan manusia ini yg hanyalah seorang “Runner” di zaman Perang Dunia Pertama.
Kronologi hidup Hitler secara ringkas:
1) Mencari pekerjaan sesuai dengan minatnya dalam senilukis tetapi gagal. Beliau menyalahkan bangsa Yahudi sebangai kekurangan kekosongan jawatan dan peluang perniagaan yang didominasi mereka.
2) Menyertai tentera Jerman untuk Perang Dunia Pertama. Cedera dan ditugaskan ke Pejabat Pentadbiran Tentera setelah perang tamat.
3) Menyertai secara aktif pidato mengenai nasionalisma Jerman di Beer Hall. Salah sebuah bar yang sering dikunjungi beliau di Bavaria. Tertubuhnya Parti Buruh Jerman yang kemudian ditukar ke Parti Nasionalis Sosialis yang lebih dikenali sebagai Parti Nazi
4) Berlakunya usaha rampasan kuasa pentadbiran daerah Bavaria diketuai Hitler bersama rakan-rakan bekas tentera. Usaha ini dinamakan ‘Beer Hall Puscht”. Ditangkap dan dipenjarakan.
5) Keluar dari penjara dan kembali menghidupkan Parti Nazi tetapi harus bersemuka dengan musuh yang lebih muda dalam parti, Joseph Goebels dan Strausser.Goebels dilantik kemudiannya sebagai Menteri Akhbar dan Media
6) Pencapaian membanggakan Parti Nazi dalam Pilihanraya Jerman.
7) Meluaskan kuasa dengan memenangi sekali lagi Pilihanraya Jerman seterusnya memaksa Chancellor Jerman meletak jawatan.
8) Berjaya mempermainkan Vice Chancellor ketika itu yang tamakkan kuasa. Membakar Reichstag, bangunan parlimen Jerman seterusnya memaksa ahli-ahli parlimen yang bukan Nazi menyokong Akta Cetak dan Berucap.
9) Jawatan Chancellor diserahkan kepada Hitler secara terpaksa berikutan sokongan mendadak terhadap beliau.
10) Menubuhkan SS dan menggabungkan semula angkatan tentera Jerman dan melancarkan perang penaklukan ke atas Negara-negara eropad seperti Austria, Poland, Perancis, Czech dan beberapa lagi.
11) Penubuhan Concentration Camp untuk pembelot dan juga penentang Nazi. Membawa kepada Holocaust dengan penubuhan Kem Auschwitz.
12) Beratus ribu bangsa Yahudi telah dibawa ke Auschwitz dan dibunuh.
13) D-Day. Serangan tentera bersekutu
14) Serangan balas terhadap England dengan peluru V8 yang baru dicipta tetapi gagal meniggalkan impak.
15) Cubaan menyerang Russia oleh Jerman tetapi dalam masa yang sama diserang tentera bersekutu.
16) Pertahanan Jerman lumpuh dan Reichstag telah ditawan menandakan kekalahan Jerman.
17) Hitler membunuh diri bersama isterinya Ava Braum.
18) Orang paling kanannya Goebles turut membunuh diri bersama ahli keluarga dengan pil sianida.
Cukup setakat ini sejarah penguasaan Hitler secara ringkasnya. Perlu diingat bahawa perkara di atas adalah berdasarkan apa yang pernah saya baca dan lihat sahaja. Tidak ada sesiapa yang mampu mengatakan perkara di atas 100% benar dan tepat. Saya pun manusia biasa juga. Anda semua mungkin lebih arif pasal Hitler. Tetapi, dalam pada kita asyik berdebat dan memikirkan samada benar atau tidak sejarah di atas, apa yang pasti ialah kita tidak hidup di zaman itu untuk mengalaminya sendiri. Kita juga bukannya ada keluarga yang bersangkut paut dengan Hitler ataupun Himmler, kalaupun ada cucu ataupun saksi yang masih hidup sekarang, tiada sesiapapun mampu membuktikan segalanya 100% tepat kerana itu semua hanyalah berdasarkan bagaimana kita memikirkan apa yang kita lihat,baca dan saksikan.
Namun, itu tidak bermakna kita sampai di sini sahaja. Hakikatnya, kita bebas mengeluarkan pendapat berdasarkan sumber yang ada mahupun pengalaman sendiri, maka dengan intensi inilah saya ingin mengutarakan pendapat-pendapat saya berkaitan kisah Hitler diatas yang juga berkaitan dengan kehidupan kita.
1) Simpati

· Saya sudah menonton bermacam-macam filem kategori Holocaust. Saving Private Ryan, Pianist, Schindler’s Lists, Band of Brothers hinggakan terdapat juga filem-filem yang ingin juga mengaitkan Nazi secara sengaja seperti Hell Boy, Inside Man dan juga Indiana Jones. Segalanya mudah pada fikiran saya. Ini kerana Jika saya dari kalangan mereka pun saya mungkin juga akan melakukan perkara yang sama. Atas sebab agama dan bangsa Yahudi, penderitaan mereka perlu di canang di seluruh dunia. Kekejaman Nazi harus dikenali seluruh dunia. Apa objektifnya? Konspirasi? Sebaran Pengaruh? Simpati?
· Ya, simpati adalah alasan yang sangat kukuh. Pelik atau tidak, saya merasakan simpati adalah salah satu sikap yang boleh menjadi kelemahan seseorang. Bukanlah bermaksud yang kita tidak perlu bersimpati. Cuma kita perlu lebih berhati-hati. Umat Islam ini tidak terkira musuhnya yang sentiasa akan mencari kesempatan. Tragedi Holocaust merupakan salah satu agenda yang sengaja dibesar-besarkan pihak tertentu untuk meraih simpati. Memang benar mangsa tidak sepatutnya diseksa sebegitu tetapi malangnya, Holocaust ini juga telah menjadi kiblat untuk pihak tertentu melancarkan kekerasan, penindasan, rampasan, seksaan kepada orang yang tidak bersalah kepada mereka. Alasannya mudah, itu hak mereka. Tetapi tiada satu pihak pun yang berani menghalang mereka secara terang-terangan dan dengan tegas. Holocaust telah jadi satu fenomena, sehebat mana fenomena Michael Jackson dan juga Beattles dahulu.
· Presiden Iran Ahmadinejjad pernah menyuarakan Holocaust ini adalah satu pembohongan semata-mata dan tidak pernah berlaku. Saya tidak berapa setuju dengan pendapat beliau tetapi saya amat bersetuju sekiranya dikatakan bahawa kisah Holocaust telah diperbesar-besarkan jauh lebih teruk dari perkara yang sebenarnya terjadi hinggakan terdapat berpuluh-puluh Muzium Holocaust serata Amerika Syarikat. Adakah anda berpeluang menonton Discovery Channel dalam rancangan Scrap Book From Hell:Auschwitz? Sekiranya terdapat siaran ulangan kelak, sila tonton sambil mengingatkan apa yang berlaku pada saudara-saudara kita di Tebing Barat dan saya pasti anda semua dapat mengukur sejauh mana tahap simpati anda.
·

2) Keadilan dan kebenaran

· Kita sering berbicara tentang bagaimana Yahudi menguasai dunia tetapi dalam masa yang sama mereka (Yahudi) juga banyak menggambarkan dalam filem bagaimana Nazi menguasai sebahagian besar Eropah dengan kekerasan dan “Holocaust”. Turut digambarkan bagaimana Hitler memerintah apabila beliau senantiasa berlaku kasar kepada pegawai bawahannya dan juga bagaimana rakusnya Hitler membawa Jerman ke lembah peperangan yang penuh dosa.
· Pada fikiran saya, perkara ini juga adalah satu langkah yang bijak. Mengapa? Kerana secara tidak langsung corak penguasaaan Hitler ini telah bejaya di”tiru’ oleh pemimpin lain. Jangan lupa pada Idi Amin. Ingatlah Juga jeneral Farah Aideed. Bagaimana pula Saddam Hussein? Saya jamin majority dunia melihat mereka ini adalah dari acuan Hitler, namun adakah kita berada di sana untuk melaluinya? Adakah kita semua sebahagian dari bala tentera atau barisan pemimpin semasa pemerintahan mereka? Hasilnya, lihatlah apa yang kita nampak dalam filem King of Scotland, tontonilah Black Hawk Down untuk Farah Aideed dan lihatlah Generation Kill untuk Saddam. Adakah mereka mati sebagai Islam? Adakah mereka mati memperjuangkan keadilan dan kebenaran? Adakah mereka sekejam yang digambarkan? Kita tidak tahu. Mengakulah bahawa kita tidak pasti 100%. Tetapi apa yang pasti, sedikit sebanyak saya yakin di dalam hati kita semua, idea-idea untuk berlaku kejam ini telah di promosi kepada kita. Telah ditanam secara halus dalam sanubari dan hidup kita. Mereka telah bertindak dengan bijak untuk mengajar kita bahawa setiap yang buruk, jahat, kejam, tidak berhati perut dan tanpa perikemanusiaan seperti Hitler dan “protégé”nya harus diadili. Mereka ini harus dihukum secara setimpal, dan kita haruslah membela sesiapa yang ditindas oleh mereka yang kejam ini.
· Namun sedarkah kita siapa yang diadili dalam hal ini? Siapa yang dibela dalam kisah sejarah ini? Pada mulanya filem Black Hawk Down amatlah mengujakan saya tapi saya akhirnya terfikir, kenapa saya merasa gembira setelah pihak Amerika Berjaya mengalahkan tentera Farah Aideed? Saya ini dipihak yang mana?. Persoalan terakhir untuk kita lebih tidak selesa. Pihak yang jahat dan kejam ni digambarkan ganas seperti Rejim Tel Aviv bukan? Ataupun MILF? Abu Sayyaf? Al-Qaeda? Hamas? Hizbullah? Mereka ini juga terlibat dalam peperangan juga bukan? Dapatkan anda kaitkannya? Sama-sama kita fikirkan.

Saya cuba sebaik mungkin untuk merungkaikan bagaimana kemunculan Hitler dan pengaruhnya diadaptasi dan diperaktikkan untuk tujuan tertentu. Adakah kita telah di’brainwash’ kan? Saya rasa tidak. Cuma sesetengah pihak telah berupaya untuk membuat kita berfikir yang positif secara rambangnya tetapi dalam masa yang sama telah mengaktifkan sebahagian kecil kegelapan di hati kita. Apa kaitannya dengan kisah ringkas Hitler di atas? Kita pasti akan dapat menemui contoh-contoh simpati dan keadilan dalam sejarah kehidupan dan politiknya. Terdapatkah perumpamaan serupa di zaman kita ini? Tidak perlu pergi jauh. Lihat saja kepada peristiwa September 11 dan impak serta perkara susulan yg berlaku daripadanya. Untuk apa Perang ke atas Iraq dan Afghanistan? Adakah kerana ‘simpati’ berserta demi ‘keadilan dan kebenaran” maka perang-perang in dicetuskan? Sama-sama kita akan kupas lagi.

artikel ini diperoleh daripada : http://kopiahlama.blogspot.com/

Penulis teringat satu kisah berkenaan Hitler dan penulis..
kisah ini terjadi sewaktu exam final paper perkembangan perinkat dewasa...
salah satu dari soalan objektif yang ada ketika itu berkaitan dengan Hitler..
Soalannya lebih kurang macam nie..

Antara berikut yang manakah tidak dikategorikan sebagai yang mempunyai IQ tinggi.
A. Albert Einstein
B. Sigmund Freud
C. Mahatma Gandhi
D. Hitler

Bagi penulis kesemua tokoh di atas mempunyai IQ yang tinggi dan tiada jawapan yang betul...
Tp disebabkan soalan ini perlu dijawab jadi penulis telah menjawab B.
Apa pun penulis berpendapat bahawa jawapan soalan ini tidak releven..
Penulis kemudiannya berjumpa dengan lect. yang buat soalan dan cuba mendapatkan jawapan bagi soalan ini dan hasilnya Hitler yang tidak berada dalam senarai yang mempunyai IQ yg tinggi..

pandangan penulis dengan lect. mengenai IQ Hitler sememangnya berbeza..
lect. menilai IQ Hitler dengan tindakan kejamnya ketika perang..
manakalah penulis menilai IQ Hitler yang sememangnya hebat dari segi ketenteraan dan peperangan. Hal ini kerana peristiwa itu berlaku pada waktu perang..~~~

kesimpulannya...pandangan manusia berbeza2 begitulah yang terjadinya dalam hal dunia sekarang...semua mahu mengutarakan pandangan masing2....oleh itu, hormati dan bertindak profesionallah dalam menerima dan menolak pandangan masing2..
=)

Ikan belaan KR

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...