Monday, April 13, 2009

Soal Kematian..

Renungi Lirik Lagu Ini....

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,


Hayati Juga Pentomen Ini...



(Insaflah Wahai Teman)

Thursday, April 9, 2009

Mengenai WANITA dan KUBUR...

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada

Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dar pada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.



Friday, April 3, 2009

KeaJaiban aIr...!!!

Pernah tak kita terfikir tentang keajaiban air nie..??
Mengikut kajian yang dilakukan oleh seorang pengkaji dari jepun, Masaru Emoto, air akan bertindakbalas dengan emosi manusia kerana air mampu merekod, merakam, menyimpan dan mengalirkan tenaga. Molekul air akan kelihatan bersinar-sinar sekiranya mendapat tindakbalas yang positif dan begitulah sebaliknya. Kita mungkin tidak sedar akan keadaan ajaib ini kerana kita sering kali lupa dan leka dengan benda-benda lain. Jadi, kita semua mungkin terlepas pandang tentang perkara ini. Yang menariknya disini, manusia sering menggunakan air kerana air merupakan keperluan asas bagi manusia. Tetapi adakah kita menggunakan air dengan sebaiknya..??
Mari kita lihat keajaiban air ini...




Jadi apa komen anda pada air jampi, air kolah, air kita ambil wuduk, air masa kita minum sambil bercakap dan berbual-bual kosong?? adakah molekul-molekul air ini akan sama sinarannya seperti contoh td..???
renung-renungkan kerana perubahannya akan berlaku mengikut emosi kita.

Thursday, April 2, 2009

Metafizik Melalui Sains Tingkahlaku..??

Kajian telah dilakukan keatas beberapa responden untuk menilai tahap potensi dan personaliti diri melalui kaedah metafizik. Hakikatnya, adakah keputusan yang diterima itu tepat dan kena kepada individu yang dikaji. Penilaian ini akhirnya meletakkan seseorang itu pada satu elemen yang mewakili personaliti individu terbabit. Elemen yang dimaksudkan ialah elemen besi, air, api, kayu dan tanah. Elemen ini diwakili dengan nombor dari 1 sehingga 9 yang mana setiap nombor mewakili elemen-elemen tertentu. Drama kehidupan manusia juga dikaitkan dengan nombor dari penciptaan manusia sehingga akhirnya.
Hampir setiap responden yang dikaji menyatakan hampir 95% tepat bacaan ramalan yang dikaji melalui kaedah metafizik ini. Ironinya, dalam agama Islam sangat melarang mempercayai sesuatu ramalan. Oleh itu, jadikanlah ilmu ini sebagai satu panduan supaya kita lebih berhati-hati dalam mengharungi kehidupan ini. Kepercaayan kepada Zat-Nya adalah lebih penting dan bermakna daripada mempercayai sesuatu yang tidak mendatangkan faedah kepada kita. Akhir kalam.

Ikan belaan KR

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...