Wednesday, June 15, 2011

Solat sunat gerhana bulan penuh dan berpuasalah esok..


PUTRAJAYA: Umat Islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat khusuf iaitu solat sunat gerhana bulan secara berjemaah bersama khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh yang dijangka berlaku esok (Khamis).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha, berkata galakan mengerjakan ibadat itu berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim yang antara lain menegaskan supaya mendirikan solat dan berdoa apabila melihat gerhana.


“Jakim menyeru semua masjid dan surau mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mengadakan solat sunat khusuf serta khutbah gerhana. “Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku,” katanya melalui satu kenyataan, di sini, semalam. Cawangan Falak, Jakim menjangkakan fenomena gerhana itu akan bermula pada jam 1.25 pagi Khamis dan mencapai tahap kemuncak pada jam 4.12 pagi, sebelum berakhir pada jam 6.59 pagi.

Othman berkata, pihak Jakim melalui Cawangan Falak dan masjid utama membabitkan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra, Putrajaya akan menganjurkan solat sunat khusuf pada jam 3 pagi.


Menurutnya, Masjid Putra dipilih sebagai lokasi utama majlis solat sunat berkenaan, termasuk mengadakan aktiviti cerapan.

Marilah sama-sama kita bersolat sunat gerhana bulan secara berjemaah di Masjid-Masjid berdekatan anda.

Terdapat 2 cara untuk melakukannye seperti:-

Cara pertama : solat dua rakaat sebagaimana solat-solat sunat biasa, boleh dilakukan secara perseorangan atau secara berjamaah. Yang afdhalnya dilakukan secara berjamaah.

Cara Kedua : Solat dua rakaat dengan empat kali rukuk, empat kali sujud, iaitu pada rakaat pertama, selepas membaca al-fatihah, rukuk dan iktidal kemudian disambung dengan membaca al-Fatihah sekali lagi, kemudian rukuk kali kedua dan iktidal lalu disambung dengan dua sujud untuk menyempurnakan rakaat pertama. Begitu halnya apabila melakukan rakaat kedua sehingga salam.

Dengan demikian, solat gerhana bulan itu semuanya ada 4 rukuk, 4 al-Fatihah, 4 sujud dan satu salam.

Bacaan al-Fatihah dan surah pada solat gerhana bulan dinyaringkan. Hal ini berbeza dengan solat gerhana matahari yang hanya disunatkan memperlahankan bacaan surahnya dan disunatkan membaca surah-surah yang panjang.

Niat Solat Sunat Khusuf:

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

sumber dr : http://www.hmetro.com.my/articles/Solatsunatgerhanabulanpenuh/Article

http://www.abgshah.com/2011/06/solat-sunat-khusuf-sila-baca-bagi-yang.html

No comments:

Ikan belaan KR

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...