Thursday, December 9, 2010

Mudahnya Kita Meminta..~

Seorang pemanjat kelapa berada dalam keadaan yang sangat bahaya.Ketika dia berada di puncak pokok kelapa, ribut melanda berserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir, tetapi dia sempat berpaut pada pelepah yang terjuntai.

Keadaannya seperti telur di hujung tanduk. Dalam keadaan yang genting itu dia berseru "Ya Allah, selamatkanlah aku daripada jatuh.Jika selamat aku akan sedekahkan seekor lembu untuk orang miskin"

Sejurus kemudian, tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok.

Namun ribut masih bertiup kencang. Keadaannya walaupun agak lebih baik daripada sebelumnya, tetapi dia masih lagi masih belum selamat.Berpaut sekuat-kuatnya pada batang pokok, dia berseru lagi "Ya Allah ,sekirannya Engkau selamatkan aku daripada jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin"

Setelah bersusah payah, dia berjaya turun sehingga ke bahagian tengah pokok kelapa.Harapannya untuk selamat kian cerah, walaupun angin ribut masih bertiup kencang.Kali ini dia berseru, "Ya Allah, kalau kau selamatkan aku, aku akan sedekahkan tiga ekor ayam"

Akhirnya dia sampai pada kedudukan yang lebih rendah, dan doanya berubah lagi "Ya Allah, sekiranya kau selamatkan aku,akan aku sedekahkan seekor ayam"

Ribut telah berhenti dan dia telah berada di kedudukan yang selamat.Dia pun melepaskan tangannya daripada batang pokok lalu berpura-pura jatuh "Ya Allah, rupa-rupanya aku jatuh juga.Maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun "

Nota kaki :
Dalam keadaan susah manusia sering ingatkan Allah tetapi apabila senang manusia mudah melupakannya .Ironinya, apakah kita tidak malu mengharap bantuan Allah ketika susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupakan-Nya?

OTAK SEMINIT KAH KITA ??

Sumber : http://www.syok.org/portal/readarticle.php?article_id=4491

No comments:

Ikan belaan KR

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...